Sekolah Kebangsaan
Ayer Puteh  terletak di kawasan luar
bandar di dalam daerah
Kemaman. Sekolah ini berada di Kampung Ayer Puteh yang mempunyai lebih kurang 800
orang penduduk dan  terletak  kira-kira 28 km dari  bandar Chukai. Sekolah ini juga mendapat
penggredan yang tinggi iaitu gred A walaupun lokasinya terletak di kawasan luar
bandar dengan bilangan murid seramai 451 orang.
 Sebahagian besar murid-murid sekolah ini terdiri daripada  anak-anak peneroka tanah rancangan, buruh
ladang, petani dan penoreh getah. Selain itu, sekolah ini juga berdekatan
dengan kemudahan awam lain seperti balai polis, klinik kesihatan, pejabat pos
dan RTC. Sekolah rendah yang terdekat ialah SK RKT Seberang Tayor kira-kira 12
km, manakala sekolah menengah terdekat ialah SMK Ayer Puteh.



No comments:
Post a Comment